Friday, September 18, 2009

Thursday, July 10, 2008

Buku:Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains






Ketika saya ke kedai buku MPH di Mahkota Parade Melaka, beberapa kali saya terserempak dengan buku-buku karangan Dr. Danial Zainal Abidin di antaranya Minda Muslim Super,7 Formula Individu Cemerlang, Minda Muslim Super, Tip-tip Cemerlang Dari Al Quran dan lain-lain.






Saya agak tertarik dengan buku Quran Saintifik kerana terdapat huraian dan maklumat-maklumat baru yang bagi saya amat berfaedah sebagai penambah nilai kepada maklumat-maklumat yang sedia ada.

Saya percaya penemuan-penemuan baru dan huraian-huraian moden oleh penulis memberi lebih keyakinan kepada pembaca dalam memahami. Mungkin sebelum ini kita telah terbaca hadis-hadis berkenaan dengan lalat atau yang seumpama dengannya tapi terlepas pandang kerana menganggap ia perkara remeh dan tak berhajat untuk tahu dengan lebih lanjut mengapa Rasulullah menyarankan bila lalat jatuh ke dalam air minuman kita hendaklah, hendaklah diselamkan lalat itu, buang serta minum air tadi.

Semasa saya di Kaherah, saya pernah terbaca artikel seorang pemimpin Islam dari Sudan yang menuduh Nabi itu pengotor kerana menyuruh umatnya minum air bekas lalat. Perkara ini terungkai bila saya terbaca fatwa dari Dr Yusof Al Qaradhawi bahawa di barat sudah ada ladang besar menternak lalat untuk tujuan perubatan terutama sekali bahagian salah satu sayapnya untuk dibuat penawar. Penawar dari sayap lalat sudah diberitahu Rasulullah di dalam hadith lalat tadi.

Tafsiran dan maklumat baru amat diperlukan dalam memahami Dinul Islam yang syumul ini dan buku karangan Dr Danial ini amat sesuai dibaca terutama oleh generasi sekarang saat di mana ilmu dan maklumat berguna sudah kontang dan mulai merosot dari dada dan pemikiran generasi baru.

Ada juga di kalangan generasi muda yang terang-terang menolak al Quran yang pada pendangan mereka ia adalah kolot, ketinggalan zaman serta tidak sesuai dengan sains moden. Perkara ini pernah dijawab oleh Dr.Danial sebagai seorang yang pakar dalam ilmu perubatan bahawa mereka yang mengatakan al Quran tidak sesuai dengan sains itu sebenarnya ilmu sains yang ada pada mereka sendiri amat cetek. Jika mereka memahami ilmu sains dengan sebenar-benarnya nescaya mereka akan tunduk dengan keagungan al Quran... demikian kata Dr.Danial.


Buku ini menyentuh pelbagai aspek dan dihurai mengikut perspektif perubatan moden sesuai dengan kepakaran pengarangnya.

Isi Kandungan ialah:

PRAKATA

BAHAGIAN SATU: Cemerlang dengan Menguasai Dua Ayat, Cara Hidup yang Komprehensif, Sumber Ajaran Islam, Iman adalah Nyawa, Menguasai Dua Ayat, Ayat Di Alam Semesta, Mementingkan Bukti Dan Dalil, Al-Quran Melahirkan Minda Progresif, Sains Berkonsepkan Tauhid, Matlamat Dan Metodologi Sains, Keharmonian Antara Quran Dan Sains, Pentafsiran Quran Menggunakan Sains, Sains Memantapkan Kefahaman Quran, Sains Membawa Kepada Iman, Penutup

BAHAGIAN DUA: Permulaan Alam Semesta Permulaan Segala-Galanya, Quran Dan Teori Kejadian Alam, Penciptaan Alam Daripada Asap?Alam Semesta Mengembang, Penciptaan Alam Dalam 6 Hari? Arasy Di Atas Air? Langit Atau Bumi Dicipta Terlebih Dahulu? Kronologi Kejadian Alam, Kosmos Gelap Ataupun Cerah? Black Holes Dan Kejadian Bintang-Bintang, Black Holes Tanah Perkuburan Bintang-Bintang? Bintang Yang Menembus Bintang-Bintang Dan Nebula Ros Matahari Dan Akhir Hayatnya, Matahari Pelita Dan Bulan Cahaya, Orbit-Orbit Bumi Dan Objek Di Langit, Zulkarnain Dan Matahari Matahari Dan Solar Apex, Proses Kejadian Bumi, Bumi Adalah Bulat? Ruang Antara Langit Dan Bumi, Wujudkah Hidupan Di Kosmos? Penutup

BAHAGIAN TIGA: Manusia Dan Asal Usulnya, Hidupan Berasal Daripada Air? Air Asas Kepada Kejadian Manusia, Manusia Dan Adam, Kejadian Hawa, Teori Evolusi Darwin, Sains Menemui Adam Dan Hawa? Kejadian Manusia Dan Ilmu Embriologi, Fasa-Fasa Kejadian Bayi, Pendengaran, Penglihatan dan Akal, Kegelapan Yang Tiga, Embriologi Quran Dan Pandangan Saintis, Quran Menciplak Embriologi Yunani? Benih Terbit Antara Sulbi Dan Taraib? Sistem Saraf Dan Darah, Roh Ditiupkan Pada 40 Atau 120 Hari? Penentuan Jantina Mengikut Quran, Asal Wanita Daripada Rusuk Lelaki? Susu Ibu Mengikut Quran Dan Sains, Penyusuan Dua Tahun – Masih Relevan? Penutup

BAHAGIAN EMPAT: Tujuan Dan Matlamat Hidup Manusia, Ibadah Sebagai Tujuan, Hikmat Ibadah, Ibadah Yang Paling Utama,Padah Maksiat, Budaya Seks Bebas, Media Massa Merangsang Seks Bebas, Pengharaman Seks Bebas, Pengharaman Seks Ketika Haid, Ibadah Dalam Aspek Pemakanan, Pengharaman Arak, Kemudaratan Arak, Penyalahgunaan Najis Dadah, Pengharaman Daging Haiwan Liar, Pengharaman Babi, Makanan Yang Halal Lagi Berkhasiat, Khasiat Diet Nabi, Nabi Seorang Vegetarian? Khasiat Madu Lebah, Khasiat Buah Zaitun, Khasiat Buah Tin, Khasiat Buah Tamar, Buah Tamar Dan Ibu Mengandung, Buah Tamar Dan Tahnik, Khasiat Air Zamzam, Cara Penyembelihan Islam, Penyembelihan Islam Saintifik, Cara Penyembelihan Di Barat, Ibadah Dan Kebersihan, Kebersihan Diri Dan Islam, Kebersihan Yang Diwajibkan, Khatan Dan Sains Perlukah Khatan Wanita Dilakukan? Air Kencing Bayi Lelaki Dan Perempuan, Bersuci Menggunakan Tanah, Tanah Sebagai Agen Pencuci, Kerelevanan Mandi Wajib, Kewajipan Berwuduk, Wuduk Dan Sains, Kebersihan Alam Sekitar Dan Islam, Kesan Pencemaran, Solat Dan Khusyuk, Hikmat Solat, Solat Dan Kesihatan, Solat Dan Meditasi, Solat Dan Yoga, Hikmat Menutup Aurat, Aurat Wanita dan Kesihatan, Hikmat Puasa, Puasa Dan Detoksifikasi., Rahsia Bersahur. Penutup

BAHAGIAN LIMA: Epilog Sains Menonjolkan Tuhan, Al-Quran Pemangkin Ilmu Sains, Sains Membenarkan Quran, Bibliografi. Biodata Penulis









Siapa Dr. Danial?

Dr. Danial bin Zainal Abidin berasal daripada Kampung Manggis, Sungai Ara, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kedua kepada Hj. Zainal Abidin bin Hasan dan Hjh. Che Su bte Hj. Jamaluddin dan dilahirkan pada bulan 21 Julai, 1955.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang. Selepas mendapat gred satu dalam peperiksaan MCE beliau memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Penang Free sebelum ke Universiti Iskandariah, Mesir, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Di Mesir beliau menjadi Presiden Kelab Pelajar-Pelajar Malaysia di Iskandariah pada tahun 1975. Kesempatan belajar di Mesir telah digunakannya untuk mendalami bahasa Arab dan menimba ilmu agama dari ulama yang berkaliber, antaranya, seorang ulama hadis yang terkenal, as-Syeikh Muhammad Najib Al-Muthi’i. Pada tahun 1981 beliau memperoleh ijazah M.B.Ch.B. dalam bidang perubatan.

Jawatan beliau sekarang ialah sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang. Di samping itu, beliau menjadi pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden. Beliau juga menyampaikan motivasi secara berkala di Perlis FM dan Perak FM.

Pengalaman beliau amat luas kerana sering kali dijemput menjadi penceramah serta pemudah cara bagi program-program di Telekom Malaysia, IKIM, Kuantan Port, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Persatuan Pekerja-Pekerja Islam TNB, KLIA dan lain-lain lagi. Pada tahun 2003 beliau menjadi penceramah khas bagi Petronas Carigali membincangkan tajuk Quality Principles di Terengganu, Sabah, Sarawak, KL dan Vietnam. Pada tahun 2004 pula beliau dijemput memberi ceramah khas kepada Kerabat di Raja Negeri Perak, EXCO Kerajaan Negeri Perak dan dif-dif jemputan bertajuk ‘Quran dan Sains’.

Di samping itu beliau juga di undang menyampaikan ceramah di luar negara, antaranya, di St. Louis, Amerika, Perth, Australia, dan Singapura.
Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan bergiat cergas dalam pertubuhan dakwah dan kebajikan. Beliau menjadi penasihat bagi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) bermula tahun 2005. Beliau pernah menjadi Yang Di Pertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang, dari tahun 1992-2001. Dari tahun 1996-2000 pula beliau menyandang tugas sebagai Pengerusi Kariah di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Dalam bidang penulisan, beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Islam dan Sains bagi Majalah-i, Karangkraf, dan Kosmik, Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku-buku yang telah beliau hasilkan setakat ini berjumlah sepuluh buah iaitu, Konsep Perubatan Islam, Islam The Misunderstood Religion, Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, Kit Kombat Islam, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W., Empayar Minda Muslim, 7 Formula Individu Cemerlang, Tip-tip Cemerlang Daripada Quran dan Quran Saintifik. Lima daripada buku-buku ini telah mencapai status terlaris atau bestseller di Malaysia. Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden pula menjadi Finalis dalam Anugerah Media Islam (AMIN) bagi tahun 2006. Setakat ini empat buah buku beliau telah dilesenkan untuk pasaran di Indonesia, iaitu, Empayar Minda Muslim, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, 7 Formula Individu Cemerlang dan Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran.

Di sudut kekeluargaan, beliau mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama beliau ialah seorang doktor perubatan dan isteri kedua beliau ialah seorang pengurus syarikat. Beliau dikurniakan dengan lapan orang cahaya mata. Anak pertama beliau memperoleh ijazah dalam bidang Bio-Teknologi, anak kedua dalam bidang Kimia Analisis, anak ketiga dalam bidang Teknologi Persekitaran dan anak keempat sedang menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia. Anak-anak yang lain masih bersekolah.

Wednesday, July 9, 2008

Ensaiklopedia Pendustaan Barat Terhadap Islam

معجم افتراءات الغرب على الإسلام
أنور محمود زناتي
تعرض الإسلام ورسوله الكريم منذ زمن طويل لهجوم عنيف من قبل خصومه وأعدائه ، وهؤلاء الأعداء منهم الظاهر المجاهر في عدائه ، ومنهم المستتر غير المجاهر الذي يدس السم في العسل .وقد وجدنا بعض الأقلام الحاقدة، من ذوي الأفكار المشوهه، قد اهتمت بإثارة الشبهات وتدوين التشكيكات، ضمن حالة من الاستنفار العام للهجوم على الاسلام وأهله .وفي هذه الدراسة سوف نقوم بعرض شبهات علماء ومفكري الغرب وافتراءاتهم على الإسلام في محاولة النيل منه ، ومحاولة الرد عليها بعلمية وموضوعية

Tesis Phd Tentang Kemaksuman Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Sejak akhir-akhir ini banyak berlaku perkara-perkara yang mengelirukan orang Islam terutama orang awam tentang kesucian agama Islam, ketuhanan serta keperibadian nabi muhammad صلى الله عليه وسلم.Usaha menjawab serta menghilangkan keraguan keraguan seperti itu merupakan satu kewajipan.
Usaha mempertikaikan kemaksuman nabi Muhammadصلى الله عليه وسلم dilihat tidak lain melainkan ada agenda penting selepas itu iaitu untuk memusnah ajaran Islam secara total. Perkara seperti ini juga terjadi kepada sahabat-sahabat nabi صلى الله عليه وسلم seperti Abu Hurairah, sadina Abu Bakar Al Siddiq, saidina Umar Al Khattab dan lain-lain radhiallahu anhum ajmain.
Pengarang Tesis ini ialah Dr. Imad Sayid Muhammad Ismail Syarbini iaitu pensyarah Fakulti Pengajian Hadith Dan Ulum al Hadith di Universiti Al Azhar. Tesis Phd ini boleh didownload dari laman web: http://www.saaid.net bahagian ردود وتعقيبات
جامعة الأزهركلية أصول الدين بالقاهرةقسم الحديث وعلومه
رسالة دكتواره وموضوعهارد شبهات حول عصمة النبى صلى الله عليه وسلمفى ضوء السنة النبوية الشريفة
الدكتورعماد السيد محمد إسماعيل الشربينى

Tuesday, July 8, 2008

Buku Tahqiq Tentang Pengertian Bida'ah

HAPUSKAN KERAGUAN BID'AH

Apabila anda membaca buku ini anda pasti jelas dengan maksud sebenar bid'ah dan pembahagiannya. Anda juga dapat menyelami maksud sebenar pandangan yang dikemukakan oleh ulamak menerusi huraian bersanad dan tepat. Dapatkan buku "PENJELASAN MAKNA SEBENAR BID'AH' yang diterjemahkan dari judul asalnya ITQAN AL-SUN'AH FI TAHQIQ MAKNA AL-BID 'AH karangan ulama al Azhar Al marhum Hafiz Abi Fadhl Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari yang merupakan salah seorang hafiz hadis terkemuka pada zaman ini.Terjemahan buku ini telah di semak oleh ulamak kontemporari : Dato Hj Saleh Ahmad, Dato Hj Hashim Yahya, Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Negeri Sembilan.

Kursus Maya Di Universiti Al Azhar


مشروع التعلم الإلكتروني بجامعة الأزهر
مواكبةً للتطور التكنولوجي بجامعة الأزهر واستخدام التقنيات الحديثة في التعليم والتعلم بدأت جامعة الأزهر مشروعها الأول للتعلم الإلكتروني. وذلك لتوفير خدمة التعلم الإلكتروني لأبنائنا الطلاب كمحاوله لمساعدتهم علي إيجاد وسائل جديدة لتلقي العلم والتعلم مع أساتذتهم من خلال موفع الجامعة علي الشبكة الدولية.وفي إطار ذلك تدعو الجامعة أعضاء هيئة التدريس بالجامعة للمشاركة في فعاليات هذا المشروع بتحويل مقرراتهم الدراسية إلي مقررات الكترونية وسوف تقوم وحدة نظم المعلومات والشبكات بتصميم وتنفيذ ونشر تلك المقررات علي الشبكة الدولية .فمن يرغب من السادة أعضاء هيئة التدريس في جميع التخصصات بالجامعة المشاركة في هذا المشروع العظيم .التكرم بملأ استمارة البيانات وإرسالها إلي مدير وحدة نظم المعلومات الشبكات ويمكن الحصول علي هذه الاستمارة
بالضغط هنـــــــــــا ...

Universiti Al Azhar Kota Ilmu

جامعة الأزهر
من ويكيبيديا، الموسوعة الحرة
اذهب إلى: تصفح, ابحث
هذه مقالة عن جامعة الأزهر. لرؤية صفحة توضيحية بمقالات ذات عناوين مشابهة، انظر الأزهر (توضيح).

جامعة الأزهر
الأزهر هو المؤسسة الدينية العلمية الإسلامية العالمية الأكبر في العالم ويوجد في -القاهرة- جمهورية مصر العربية. يسجل التاريخ أن (الأزهر) أنشئ في أول عهد الدولة الفاطمية بمصر جامعا باسم (جامع القاهرة، الذى سمى الأزهر فيما بعد) حيث أرسى حجر أساسه في الرابع والعشرين من جمادى الأولى 359هـ/970م، وصلى فيه الخليفة المعز لدين الله الفاطمي ثانى خلفاء الدولة الفاطمية صلاة الجمعة الأولى من شهر رمضان سنة 361هـ/972م ، إيذانا باعتماده الجامع الرسمى للدولة الجديدة ، ومقرا لنشر الدين والعلم في حلقات الدروس التى انتظمت فيه ، وبدأها القاضى أبو حنيفة بن محمد القيروانى قاضى الخليفة المعزلدين الله ، وتولى التدريس أبناء هذا القاضى من بعده وغيرهم, إلى جانب دراسة علوم أخرى في الدين واللغة والقراءات والمنطق والفلك. حسب التصنيف العالمي من موقع ويبو ماتريكس لجامعات العالم فان الأزهر يحتل الموقع 59 أفريقيا و 6,562 عالميا بين الجامعات [1].
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Masjid Al-Azhar di Kaherah, Mesir
Universiti al-Azhar (Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر الشريف; al-Azhar al-Shareef, "Azhar yang Mulia"), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.
Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.
نبذه عن جامعة الأزهر
يعتبر الأزهر أقدم جامعة إسلامية عرفها العالم منذ القرن الرابع الهجرى (العاشر الميلادى ) و ما زالت تمارس دورها التعليمى و الفكرى و الثقافى حتى الآن . وكانت أساسا للنظم و التقاليد الجامعية التى عرفت بعد ذلك فى الشرق و الغرب وفى عام 1872 صدر أول قانون نظامى للأزهر رسم كيفية الحصول على الشهادة العالمية و حدد موادها , و كان هذا القانون خطوة عملية فى تنظيم الحياة الدراسية بالأزهر فى القرن التاسع عشر وفى عام 1930 صدر القانون رقم 49 الذى نظم الدراسة فى الأزهر ومعاهده وكلياته و نص على أن التعليم العالى بالأزهر يشمل كليات الشريعة و كلية أصول الدين وكلية اللغة العربية وفى 5 مايو 1961 صدر القانون رقم 103/1961 بتنظيم الأزهر والهيئات التى يشملها , وبمقتضى هذا القانون قامت فى رحاب الأزهر جامعته العلمية التى تضم عددا من الكليات العلمية لأول مرة مثل كليات : التجارة والطب والهندسة و الزراعة و كذلك فقد فتحت ابواب الدراسة بالجامعة للفتاه المسلمة بإنشاء كلية للبنات ضمت عند قيامها شعبا لدراسة الطب والتجارة والعلوم والدراسات العربية و الإسلامية و الدراسات الإنسانية و تتميز الكليات الحديثة و العلمية بجامعة الأزهر عن نظيراتها من الكليات الجامعية الأخرى باهتمامها بالدراسات الإسلامية إلى جانب الدراسات التخصصية.وتضم جامعة الأزهر فى الوقت الحالى 62 كلية منها 43 كلية للبنين , و19 كليات بنات كما تضم الجامعة بالإضافة إلى ذلك عددا من المراكز العلمية و البحثية .